Berita Syarikat
Kemenangan di Dortmund
2020-05-19 10:02:00

Pada tanggal 16 Mei, Borussia Dortmund telah mencipta satu lagi rekod kejayaan apabila pasukan ini memenangi pertandingan (derby) tempatan Schalke 04 dengan skor mengagumkan 4: 0. Holland, Hazard dan Guerreiro (dua kali) mendapat skor.

Ini adalah kemenangan penting dan hebat. Dan tentunya, Borussia adalah Rakan Niaga Rasmi InstaForex. Walau bagaimanapun, kami kebiasaannya tidak mendedahkan kemenangan Rakan Niaga kami di dalam berita syarikat, jika tidak, kami harus mengubah laman web kami dari laman web kewangan ke laman sukan!

Namun, kami memutuskan untuk membuat pengecualian untuk pertandingan ini. Pada 16 Mac lalu, pertandingan terakhir kejuaraan bola sepak Eropah teratas telah diadakan. Kejohanan Bola Sepak Eropah terpaksa ditangguhkan susulan penyebaran pandemik Covid-19. Dan akhirnya tepat 2 bulan selepas itu, pertandingan pertama dimulakan. Tanpa keraguan ia menjadi lebih daripada sekadar permainan! Bundesliga memberi kami harapan bahawa bola sepak dan aktiviti lain akan kembali normal dalam kehidupan kita. Dan kami bangga bahawa kemunculan semula ini bermula dengan kemenangan di Dortmund.

Untuk bulan akan datang, Bundesliga akan menjadi satu-satunya kejuaraan aktif di kalangan liga teratas Eropah. Oleh itu, ayuh berikan sokongan dan bersoraklah untuk Borussia, berdagang dengan Instaforex!